Jenis shot mempengaruhi saiz sesuatu subjek dalam video ingin dirakamkan dan ada masanya ia menjadi penghubung atau perantara di antara shot yang ingin dipersembahkan. Antara jenis-jenis shot yang utama ialah:
- Extreme Wide Shot (EWS) atau Shot Paling Lebar
- Very Wide Shot (VWS) atau Shot Amat Lebar
- Wide Shot (WS) atau Shot Lebar
- Medium Shot (MS) atau Shot Sederhana
- Medium Close Up (MCU) atau Shot Sederhana Dekat
- Close Up (CU) atau Shot Jarak Dekat
- Extreme Close Up (ECU) atau Shot Jarak Amat Dekat
- Over the Shoulder Shot (OSS)
- Point-of-View Shot (POV)
* Penting digunakan dalam skrip storyboard dan lapangan sebenar ketika mengambil video.
Arah atau Sudut Penggambaran – Camera Position and Angle
Arah atau sudut penggambaran merujuk kepada bagaimana kamera diletak dan diarahkan bagi merakamkan sesuatu imej. Berikut merupakan antara arah atau sudut penggambaran yang boleh digunakan dalam penerbitan video.
- Rakaman Sudut Aras Mata (Eye level shot)
- Rakaman Sudut Rendah (Low angle shot)
- Rakaman Sudut Tinggi (High angle shot)
- Rakaman Sudut Mata Burung (Bird’s Eye shot)
- Slanded atau Dutch Tilt Shot
Camera Movement
Bagi mendapatkan komposisi dan shot rakaman yang menarik, pelbagai pendekatan boleh digunakan. Salah satu daripadanya ialah dengan mempelbagaikan teknik penggambaran yang digunakan. Teknik penggambaran yang paling asas ialah menerusi pergerakan kamera yang digunakan bagi mendapatkan shot yang diperlukan. Beberapa teknik pergerakan kamera yang boleh digunakan bagi tujuan yang dinyatakan.
- Pan
- Tilt
- Dolly
- Zoom
- Dolly Zoom
- Tracking / Trucking
- Arc
- Follow
0 comments:
Post a Comment