image1 image2 image3

HELLO I'M MOHD FADZIL|WELCOME TO MY STUDIO BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS|I'M TRAINER VIDEOGRAPHER

MINGGU 2 - ASAS PRODUKSI VIDEO

PERANCANGAN ; 

Sebelum menerbitkan sebuah VIDEO, perancangan yang rapi perlu dilakukan. Untuk menghasilkan video yang berkualiti,  perlu menghasilkan skrip sebelum menerbitkannya dalam bentuk video. Jika ia merupakan program kumpulan maka kumpulan berkenaan patut berbincang untuk mendapatkan IDEA sebelum menulis SINOPSIS, TREATMENT( OLAHAN CERITA) dan SKRIP. 



KERTAS CADANGAN; 

Kertas cadangan mengandungi maklumat-maklumat seperti

JENIS RANCANGAN: saperti dokumentari, rancangan majalah atau masakan. Dalam projek ini Video Pendek. 
TAJUK RANCANGAN/ DRAMA/ DOKUMENTARI; tajuk video tersebut. Dalam projek ini " Kehidupan Post Graduate".
KHALAYAK SASARAN: Bakal pelajar Post Graduate.
TUJUAN RANCANGAN/ DRAMA: mengapa rancangan atau drama tersebut perlu diterbitkan. Apakah matlamat yang hendak dicapai contohnya seperti ingin menunjukkan bahawa UTM merupakan sebuah universiti yang sesuai untuk bakal Post Graduate yang ingin menyambung pengajian.

Berikut contoh Video Pendek mengenai Kehidupan di UTM ;




Dalam kursus ini pelajar didedahkan dengan   merangka skrip (outline) asas dokumentari dan mengenali rangka skrip drama dan filem. Peserta juga dapat mengalami sendiri cara-cara rakaman (shooting) diambil dilokasi. Dan akhir sekali pelajar dapat menyunting (editing) sendiri rakaman yang diambil mengikut skrip yang telah dibuat pada peringkat awal kursus.

FASA-FASA DALAM PRODUKSI VIDEO;

Terdapat 3 FASA dalam penerbitan video iaitu, PRE-PRODUCTION, PRODUCTION dan POST-PRODUCTION. 



- PRE-PRODUCTION
Fasa ini termasuk menulis skrip dan perancangan yang perlu dalam penyediaan skrip untuk rakaman. Asas penghasilan sinopsis dan 'storyline'.
Memperkenalkan para peserta kepada asas-asas dalam menghasilkan sinopsis dan rangka cerita untuk perangcangan gerakerja awal yang sistematik.
Asas cinematography. Para peserta akan didedahkan dengan elemen-elemen dan teori teknikal yang melibatkan posisi, saiz 'hot', 'camera angle' dan 'camera work'.

-PRODUCTION; 
Dalam fasa ini rakaman sebenar filem atau video dilakukan di lokasi-lokasi. 

-POST-PRODUCTION; 
Dalam fasa ini pula proses penyuntingan, memasukkan bunyi dan grafik dibuat terhadap rakaman yang telah dilakukan. Pengenalan kepada asas suntingan dan audio. Para pelajar akan didedahkan dengan asas-asas suntingan dan audio. Para pelajar akan menggunakan rakaman video untuk diaplikasikan ke dalam projek ini. Para pelajar juga akan mempersembahkan hasil kerja mereka untuk sesi komen dan perbincangan.

Sekian, terima kasih.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment